Assalamualaikum sume
terima kasih diucapkan kepada pengunjung blog saya. macam biasa lah, aku nak ceritakan tentang kehidupan yang berada di depan mata aku. kalau kita lihat gambar di atas, aku sedang mencium seekor kucing yang mukanya nampak garang, tapi hati jambu. kucing ni yang tokey tempat keje aku punyer. tapi sekarang da xde kat kedai haiwan kami lagi. ada kisah disebalik cerita pemergian kemek(nama kucing ni) kepada tangan tuan dia yang sebenarnya.
kemek ni seekor kucing yang manja, comel, baik, pandai & segalanya. kalau kita tengok kucing ni, mesti umur dalam setahun @ dua tahun, tapi sebenarnya, kemek ni umo da dekat 10 tahun. da tua da kucing ni.. berat dia dalam 6-7kg. kalau orang datang kat kedai, mesti ade orang cakap si kemek ni anjing..kesian kemek...heheheheh
ok berbalik pada cerita yang sebenarnya saya nak cerita, suatu hari datanglah seorang customer saya memanggil kemek ni "mike". saya tergamam la.. dia cakap ni kucing dia yang da dekat 9 bulan hilang. saya panggil tokey saya berbincang dengan customer lelaki tu. tokey saya pon tergamam. "kucing ni ade orang tolak dekat kedai saya" kata tokey saya. Kami tidak percaya... kami mohon bukti... keesokkannya, kami dapati bukti yang diberikan lelaki itu memang kukuh. airmata saya mengalir berlinangan, berlinangan kerana saya akan kehilangan kemek & kisah kemek macam sebuah family kehilangan ahli keluarganya.
tokey saya cukup sedih... lelaki tu sanggup membayar dua kali ganda harga kemek asalkan dapat kemek(mike)... nama sebenar kemek rupanya mike... kata lelaki tu, kemek ni asal daripada bandung indonesia. selalu bawa mike berjalan2 ke merata tempat seluruh malaysia.... waaaaaahhhhhh, lagi lah buat saya tambah sedih...:(
kemek @ mike
setakat ni, baru pertama kali saya mimpikan kemek. betapa saya sayang dekat kemek... dia rapat dengan saya...saya rindu dia cakar seluar saya...:(:(:( satu lagi dia ni nampak je garang tapi dia tak pandai bergaduh.
oleh kerana itulah telinga dia cacat sebelah. tak pandai berlawan...heheheheheh
telinganya yang unik
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan