Sabtu, 28 Januari 2012

Saya terlalu ANTI Terhadap MANUSIA HIPOKRIT





Salam sume…
HIPOKRIT…. Dalam banyak2 manusia atas muka bumi ni, jenis manusia macam ni lah yang membuatkan saya terasa jijik untuk mendekatinya. Saya pun tak tahu kenapa saya sangat-sangat tidak suka dengan jenis manusia begini. Saya rela berkawan mengenali seorang kawan lebih kepada menunjukkan keperibadiannya, maksud saya menunjukkan sikapnya yang sebenar.  Saya tak kisah kawan saya materialistik, ego, panas baran & sebagainya asalkan, anda jadilah diri anda sendiri. seburuk mana sikap seorang manusia, kawan tetap kawan. Sepatutnya kita perlu menasihati dia supaya tak lakukan perkara yang tak senonoh. Begitu juga dengan saya, saya juga ada keburukkan dan kebaikan.

Sejak daripada peristiwa hitam dalam hidup saya, berkaitan dengan seorang perempuan yang terlalu tersangat dan teramat hipokrit tu lah, yang membuatkan perasaan saya benci terhadap orang yang hipokrit. Sejak kebelakangan ini, saya tidak ngam dengan dia seperti biasa. Saya tak mahu cerita tentang apa yang terjadi antara kami berdua. Tapi saya nak ceritakan betapa saya benci dan menyampah dengan orang yang hipokrit ni. Dia sama sahaja dengan manusia yang TALAM DUA MUKA. Di depan kita lain, di depan kawan-kawan lain, di depan teman lelaki lain & didepan family lain.

Saya bersikap REALISTIK dan tidak boleh hidup dengan cara hipokrit. Kalau saya hidup dengan sikap hipokrit begini, saya rasa berat hati, tak dapat apa yang saya nak. Hidup saya terasa ‘ketat’ kalau saya hipokrit. Saya lebih suka menjadi diri saya sendiri. Hipokrit berkaitan dengan hati, sebab hipokrit datang daripada hati kita sendiri, macam kita memasak jugak kan. Kalau kita memasak dengan tidak ikhlas, memasak tidak daripada hati, memasak dengan perasaan nak marah, masakan itu tidak akan menjadi.

Saya pernah bekerja di kedai kek, lepas sebulan saya kerja saya berhenti oleh kerana terasa tidak selesa untuk bekerja. Lepas tu saya belajar, setahun belajar saya berhenti jugak. Untuk pengetahuan, asalnya memang saya tak berminat untuk belajar, ada orang menyuruh saya belajar. Bila kena “suruh”, benda tu bukan datang daripada niat ikhlas saya untuk belajar tetapi kena paksa. Setahun belajar dan berhenti.. saya tahu diri saya siapa. Saya kenal kemampuan saya bagaimana. Saya memang tidak berminat langsung untuk belajar. lepas setahun belajar, kehidupan saya berjalan seperti biasa. Saya bekerja di kedai foto pulak, kerja sebulan, berhenti jugak… ambik ko… berhenti jugak… kenapa aku jadi macam ni?? senang dapat kerja senang pulak aku berhenti. Kerja disitu membosankan. Kerja situ, kalau tak bergaya ada orang mengata..!!! tu yang membuatkan aku tak sedap kerja situ..

Masa kerja kedai foto, kerja boring dan tension,bos mengarah benda yang tak sepatotnya.. nak marah sesuka hati. Aku pon tak suka terhegeh-hegeh dengan tempat kerja macam ni. kedai foto bukan kehidupan aku. Masa aku kerja kedai foto, aku apply kerja kat kedai haiwan. Hampir 5 bulan da aku kerja kat kedai haiwan. Rupa-rupanya, kehidupan aku seronok dengan haiwan-haiwan peliharaan. Tauke pulak baik hati, boleh dikatakan aku bahagia kerja kat situ. Aku memang tak boleh bekerja kalau itu bukan sikap aku. aku tak boleh jadi hipokrit. Macam aku nak cari jodoh jugak, aku tak kisah rupa parasnya, aku suka pada hatinya yang ikhlas menerima aku seadanya. Kerana hati yang ikhlas lah akan membahagiakan saya.

So saya berpesan kepada manusia diluar sana, jadilah diri anda sendiri tapi dalam masa yang sama jagalah keperibadian kita sebagai seorang wanita. Walaupun nak jadi diri sendiri pun, pakaian kita kena jaga aurat jugak. Tak semestinya menjadi diri anda sendiri sampai keluar rumah tak pakai tudung. Tu salah sebenarnya. Saya memang suka kawan-kawan saya yang bersikap diri sendiri, tapi biar bertempat….tu aje dari saya…:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan