Sabtu, 28 Januari 2012

Kenapa Aku Berhenti Wataniah...!!!


salam sume.. 
ramai tertanya-tanya kenapa saya berhenti daripada menjadi seorang sukarelawan askar wataniah.
ade beberapa sebab utama yang membuatkan saya terasa keluar daripada wataniah...
asalnya memang saya meminati bidang keselamatan macam ni,... sebelum saya masuk wataniah, saya tak tahu, masuk wataniah ni, duit mashuuukkkk amat banyak... so saya tak hairan lah pasal duit tu, yang penting sekarang ni saya nk bagitahu kenapa saya berhenti wataniah... ramai yang tanya saya kenapa.. ade juga individu yang tidak 
faham kenapa saya berhenti daripada memasukinya..


tidak lupa juga ada sesetengah pihak yang mengutuk saya..!! saya nak bagitaw kepada hamba allah yang mengutuk saya tu, kalau kita tidak tahu akan cerita sebenarnya, jangan nak pandai2 menjaja cerita sampai kalau boleh satu kuantan nak bagitaw. Saya hormati kamu, kamu orang atas dari saya.. tapi yang aku sakit hatinya, mu dok taw cerita…!!!! Mu sebar cerita tak benar…!!! Dia kata, aku masuk wataniah sebab main2 baik xpyah masuk….!!! Memang mulut puaka lah minah ni…

1    Semasa saya belajar di POLISAS saya mengambil subjek Diploma Teknologi Makanan, saya langsung tidak pandai dalam subjek kimia. oleh sebab saya tidak pandai dalam subjek kimia, saya minta berhenti daripada belajar. Dengan secara automatik lah saya berhenti wataniah.
       
selain itu, saya tidak tahan dengan seorang jurulatih yang sangat gatal miang.. sampai tahap saya nak maki aje.Tapi saya berpura-pura sabar. Saya seorang perempuan, so kena hormati saya sebagai
Perempuan. Saya bukan lah nak berlagak baik, tapi mesti pompuan yang mengutuk saya tu
faham kan, sebab awak pon pompuan, macam mane kalau anak awak berada di tempat saya???
Ade jantan miang berbulu nak menggatal dengan anak2 awak??? Mesti awak marah kan.!
           
Setiap kali jantan tu nk menggatal, automatik muka saya merah, telinga saya panas punya nak marah dekat jantan tu. Nak kata aku melayan, baru sekali soalan aku Tanya dekat dia… tu pon berkaitan wataniah,,lepas pada tu, langsung aku da tak cakap dengan dia. Setiap kali aku nak menjauhi jantan tu, makin dia cari aku… cisss binatang betol… anak bini ada, punya la gatal…!!!!!
      Saya seorang pompuan yang kesuntukkan masa. Mase saya belajar, saya banyak kena buat lab report..  sape2  yang satu kos dengan aku taw la mcm mne seksa nak buat. Sabtu ahad je aku da mase nak buat tu sume, tapi korang tak paham..!!!! sabtu ahad, aku ada latihan wataniah. Aku ni bukan cerdik sangat, masa cuti tu lah aku ada mase nak buat tu sume.

Aku tak perlu nak mengeluh, sebab aku sendiri yang ambil risiko nak masuk wataniah atas minat aku sendiri. Aku berani bersumpah, aku masuk wataniah atas niat keikhlasan aku sendiri. Masuk wataniah ade sedikit tekanan, tapi itu adalah adat untuk seorang anggota askar. Terus terang aku cakap, masa aku dengan wataniah dulu, aku hepy sangat… dah nak jadi macam ni, perjalanan hidup aku memang macam ni. Sekarang aku bahagia dengan kerja aku. Aku takde niat da nak sambung belajar, aku nak kerja. Aku tak nak menanggung hutang yang banyak da. Cukup la RM5ribu hutang PTPTN aku.

Aku mintak maaf kalau aku ade buat perasaan korang tersinggung, maafkan aku ye. Aku cuba nak betulkan keadaan, ramai yang tak tahu kenapa aku berhenti wataniah. Sebab aku berhenti secara mendadak begini. So kepada perempuan diluar sana harap memahami perasaan saya sebagai seorang wanita. Saya tidak salahkan u all sume. Kalau saya tak masuk wataniah dulu, saya tak jumpe korang. Bila saya masuk wataniah, saya dapat jumpe u all… ingat k..!!! saya TAK SALAHKAN U ALL.. ni salah saya sendiri…. ThanksJ


















1 ulasan:

  1. saya pun tak boleh bawak Teknologi Makanan . Terlampau padat yang teramat sangat .

    BalasPadam